Eiffel tower...

one day I dream to France & see Eiffel tower there
And I hope my dream will come true...

Friday, June 29, 2012

al-fatihah buat bonda tersayang

kehidupan aku mula berubah pada tahun 2008..di mana pada 10 April 2008 arwah mak aku, Roseanizah bt Salam kembali ke rahmatullah.Ketika aku baru berumur 15 tahun dan pada tahun itu juga aku mahu menghadapi PMR..sudah 5 tahun arwah pergi meninggalkan aku.Sehingga hari ini aku masih teringat lagi bagaimana aku menangis di Hospital Selayang setelah melihat arwah koma di atas katil tanpa sebarang respons.Sebelum arwah kemalangan menaiki motosikal dengan ayah,arwah ada pulang ke kampung,seperti biasa sebulan sekali dia akan pulang tapi bulan tu arwah balik 2 kali berturut-turut..paling membuatkan aku rasa hairan dengan sikap arwah.dia belikan skuter ego baru.aku tak pernah terfikir arwah akan belikan motor untuk aku..ada lagi perkara yang buat aku hairan dengan sikap mak sebelum dia pergi untuk selamanya..'kalau shida dapat degree nanti biar bapak jelah ambil'..tulah kata-kata terakhir sambil ketawa.
                                         .........................................................................................

jam menunjukkan pukul 8 malam,arwah masih tiada sebarang respon..ramai yang datang melawat mak.ayah pula tak tahu ke mana..semua orang tak henti2 membacakan yassin.hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku dengan segunung harapan arwah mak aku akan sedar.doktor datang memanggil atok & embah, diberi 2 pilihan sama ada arwah dibawa balik ke rumah atau cabut sahaja mesin hayat..sebab doktor tahu arwah mak tade harapan untuk hidup lagi..atok sepakat nak bawa mak balik kampung.masa tu aku cuma tahu menangis & harapan aku masih sama aku nak arwah mak hidup.
                                        ............................................................................................
itu semua ujian Allah yang aku kena lalui,dalam perjalanan pulang ke kampung di highway ayer keroh pada pukul 10 lebih mak pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya..aku rasa kosong...tapi aku tak menjerit sebab aku cuba untuk terima...
                                       ............................................................................................

tiba di rumah hampir tengah malam masa tu..aku terus dapatkan mak..ambulans yang membawa arwah sampai dahulu.aku tak sampai hati nak melihat muka arwah.sayu-sayu kedengaran bunyi mesin hayat & orang membacakan yassin.suasana malam jumaat di rumah pada masa tu membuatkan aku rasa sebak setiap kali teringat arwah mak.sehinggakan tiada air mata lagi untuk aku titiskan..aku masih belum boleh terima kenyataan.
                                       ...............................................................................................

'alleged motor vehicle accident with intracranial bleed' itulah sebab kematian mak sedangkan ayah aku cuma luka sedikit di sikunya.kadang2 aku fikir kematian arwah mak tak de logiknya sebab dorang naik motor jatuh sendiri.berdasarkan ayah aku cerita semuanya terjadi semasa dorang nak pergi makan.kalau sebaliknya itu urusan ayah dengan Allah.sebelum arwah mak nak dikebumikan, pihak polis terpaksa bawa mak pergi hospital batu pahat untuk membuat post mortem sebab kes mak kemalangan jalan raya.ketika itu,hujan renyai-renyai.
                                         ..............................................................................................
buat pertama kalinya aku ke bilik mayat.melihat arwah mak terbujur kaku sebelum dimandikan & terus dikapankan di situ.aku tak sangka 5 hari sebelum mak pergi aku masih ternampak2 mak berdiri di depan garaj kereta di rumah atok tapi aku betul2 tak sangka hari itu mak pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya.setelah selesai dikapankan,aku masih tak sanggup lagi nak pandang muka mak.betapa sebaknya hati aku mak pergi tinggalkan aku dalam usia aku masih 15 tahun..tetapi ujian Allah tak mengira sesiapa pun.aku redha dengan ketentuanNya

                                         ...............................................................................................
sejuknya dahi arwah..itulah terakhir kalinya aku mengucup dahi mak & terakhir kalinya aku melihat mak di dunia ni.selepas dikebumikan,aku masih merasai mak masih ada di sisi aku tapi itu cuma bayangan aku sahaja.aku terbau-bau peluh arwah mak.kini semuanya dah tak ada lagi..aku kehilangan mak dalam sekelip mata.aku tahu aku degil,keras kepala tapi walau apa sekalipun aku sayang mak..walaupun mak bagi aku kat atok sejak dari kecil tapi pemergian mak untuk selamanya bukanlah sesuantu yang senang untuk aku terima.hampir setiap hari aku menangis tapi hidup harus diteruskan juga..selepas sebulan pemergian arwah mak,sikit2 aku boleh lupakan..hanya al-fatihah & surah yassin yang mampu aku hadiahkan untuk mak yg tersayang...

                                         ...............................................................................................

kenapa,kenapa aku menyampah dengan ayah aku sendiri?
masih berlaku pada tahun yang sama..2008,beberapa hari sebelum nak raya ayah aku ada balik macam selalu,.cuma hari itu benda nak jadi mak cik cuma bertanya duit insurans arwah mak dah keluar..aku tau mak cik tanya untuk aku.sebab dia takut bini baru ayah nanti akan kikis semuanya.'ayah,kubur mak masih merah'..hati aku selalu suruh berkata demikian..tapi mulut ini tak sanggup sebab aku respect dia sebagai ayah.sekali lagi aku menangis,sebelum ayah pergi tinggalkan rumah atuk untuk selamanya ada satu benda yang dia cakap sangat2 mengguris hati semua orang dalam rumah ni..sejak dari hari tu,ayah tak pernah bagi nafkah..hidup aku zero..nak keluarkan duit simpanan sendiri pun susah sebab penama pertama ayah..hanya tuhan jelah yang tahu perasaan aku macam mana.tapi aku tak pernah merasa susah.bersyukur aku kepada Allah sebab atok,embah,mak cik pakcik jaga aku dengan baik.sikit pun tak pernah kurang..pakai,makan,tempat tinggal tak sikit pun kurang malah lebih dari itu..

                                          ...............................................................................................

3 tahun berlalu,.3 tahun jugak mak tiada di sisi aku..ayah,langsung tak tanya khabar aku & family belah ayah sikit pun tak ambil tau pasal aku.aku bagaikan dibuang.cuma seorang je cousin aku yang rapat dari kecil adalah juga tanya khabar tu pun dah sekian lamanya.tahun 2009,aku masih lagi ingat malam bekas suami & anak mak tiri aku datang.walau camne sekali pun kami satu rumah sambut dengan baik.sebenarnya aku tak faham kenapa bekas suami dia canang cerita rumahtangga dia kat kiteorang.walhal bini dia bela 100 ekor jin pun kisah pulak aku..mungkin niat dia baik nak beritahu sapa sebenarnya isteri dia.dia tak bagi tahu pun aku tahu bini dia tu gila.hakikatnya, kahwin dengan orang gila..bukan saja2 aku kata dia gila sebab dia seorang cikgu.aku baru kehilangan mak & ayah aku tak sampai setahun dah kahwin lagi.sampai sekarang aku tak pernah nampak pun sebab dia sms macam2 mengata arwah mak..bukan semudah itu aku nak maafkan orang.dia siapa nak mengata macam tu.

                                          ...................................................................................................

pejam celik pejam celik aku dah tingkatan 5.dah nak ambil spm.sepanjang masa berlalu ayah tak pernah tanya khabar aku sikit pun lagikan pula nak bagi nafkah kat aku kirim salam ajelah.tapi aku happy hidup macam tu.tanpa ayah pun aku boleh hidup macam orang lain.entah macam mana hari masa tu trial spm,cikgu panggil aku.aku betul2 tak sangka orang itu ayah.sekali lagi aku tak dapat menahan air mata.sebak bila nampak ayah aku.mungkin doa aku dah dimakbulkan atau sebaliknya.dengan muka selamba rasa macam nak tampar aje.datang bukan nak bagi nafkah ke minta maaf ke apa..dia cuma bagi duit dari company sebab keputusan pmr aku..kira macam hadiah dari company arwah mak.medical card..benda tu memang hak aku pun.aku diam je masa tu sebab macam2 perasaan ada.dia datang 2 kali ke sekolah.dia datang pun bukan bagi nafkah.dah lah kahwin tak bagi tau.duit insurans arwah mak ambil macam tu aje licin habis.tapi aku bukan bodoh.sebelum dia buat macam tu aku dah ada plan B.sebenarnya sebelum arwah mak pergi ada banyak benda dia tinggalkan untuk aku.bila ingat balik sampai hatinya ayah minta surat kematian,sijil lahir aku   & simpan dalam masa yang lama.dia memang dah pulangkan sijil lahir aku tapi sampai hari ni dia tak bagi sijil mati arwah..sebabnya dengan sijil mati je dia boleh tuntut segala duit insurans arwah mak,perkeso & segala2 nya..macam aku cakap tadi aku tak sebodoh itu...

                                          ....................................................................................................

bayangkan perasaan curiga dengan ayah sendiri,..aku selalu hati2 sebab dia pernah tinggalkan aku selama 3 tahun & ambil semuanya.tapi aku biarkan je perasaan itu,sehinggalah aku masuk matrik.sebenarnya ayah aku ada bagi no telefon masa dia jumpa aku kat sekolah tapi aku buat keputusan malas nak berurusan dengan orang yg tamak haloba macam tu jadi aku biarkan..


                                            ..................................................................................................
sampai masa aku belajar hidup berdikari walaupun berat hati ini nak masuk matrik.macam biasa nak raya aku akan pergi atm machine nak keluarkan duit alangkah terkejutnya aku nilai dalam tu bertambah banyak sangat,ni bukan elaun..aku tengok bulan seterusnya & seterusnya.ayah aku dah mula bagi nafkah tapi perasaan tak sedap hati aku biarkan sampailah bulan 4 tahun 2012..aku fikir mungkin ayah aku ni dah berubah.dia ada hanta sms kat aku,'sayang,bangun subuh,belajar elok2' tapi aku buat bodoh je.sebab aku tak percaya.gila ke orang tua ni..sebelum ni aku dapat result pmr,spm ke pernah dia ambil tau..aku ni sihat ke dah makan ke ada dia ambil tahu...


                                             .................................................................................................
1 hari aku perlu juga beranikan diri minta hak arwah mak balik.kadang2 aku kesian dengan atuk & embah.dorang 1 sen pun tak pernah dapat apa2 sedangkan yang meninggal anak dorang sendiri tapi orang lain yang merasa..orang yang tade kaitan langsung.aku mula call ayah.saja tanya khabar.entah macam mana aku call salah hari.masa tu ayah ada kat kluang,..bini  dia pula sibuk nak cakap dengan aku.dia ingat senang2 je aku nak lupa.kunun nak jumpa nak makan sama2..lepas apa yang dia buat.bukan semudah itu gila aku nak lupakan.macam biasalah aku bukan jenis marah orang.hati kata lain,mulut kata lain..sejak hari tu mak tiri aku sibuk nak sms aku.setiap kali dia sms aku delete, tak pernah aku baca.kebanyakan sms yg dia hantar semuanya nak menunjukkan dia tu bagus & baik.baik ke kalau ambil kesempatan atas harta orang yg dah meninggal.pakai kereta arwah mak aku..kalau dah pakai kelisa tu tak payah nak berlagak pakai honda.sampailah aku betul2 tak tahan sebab setiap 5 minit dia akan hantar sms.sebab tu aku kata dia gila aku tak pernah respon pun.


'shut up bitch can't you see i'm ignoring you!'

alhamdullilah sejak hari tu dia tak sms membabi buta dengan aku.aku try minta kereta dengan ayah tapi aku minta bukanlah baru cuma second hand je.sebenarnya aku nak tengok betul ke orang tua ni nak dekat dengan aku sebab memang dia dah berubah atau sebaliknya..
siapa yang nak benci ayah sendiri seumur hidup tapi hakikatnya itulah aku orangnya,sebab tulah aku tak sedap hati ada udang di sebalik mi rupanya.aku tau result pspm aku tak delah gempak pun lagi kan 4 flat memang tak sampai.tapi aku bersyukur aku lulus.selepas ayah dapat tau result tu dia terus senyap..sms selamat pagi anakku haram lah kan kalau dulu sayang bagai dengan aku.dia buat perangai lama nafkah pun tak dibagi.jadi kesimpulannya kat sini aku buat bila aku senang,aku pandai ayah aku datang tapi bila aku susah atau bodoh dia tinggal macam tu aje.lepas dari itu aku malas nak ambil tau pasal dia.aku pernah call dia off phone.kisah pula aku..?sebelum ni aku pernah hidup tanpa nafkah dia.family belah arwah mak tak pernah pun tinggalkan aku walau aku bodoh atau pandai...

                                              ................................................................................................

orang lain cakap senanglah walau camna pun dia tu ayah kandung tapi orang lain tak pernah rasa apa yang aku rasa selama 5 tahun hidup bergelumang dengan air mata.hari2 aku fikir pasal ayah aku kenapa dia buat macam tu.aku malu berbintikan adnan.mana tanggungjawab dia sebagai seorang ayah???mana..?
                                     
     'idiot fucker was my father's name'

so i'm 19 years old now..aku happy dengan kehidupan sekarang.segala-galanya dah cukup bagi aku..syukur alhamdullilah.sekurang-kurangnya aku tak hidup merempat.kesenangan,kemewahan yang atok bagi sama macam arwah mak bagi sebelum mak pergi.tade kurangnya bagi aku malah dorang tak pernah tagih sikit pun harta arwah mak.ayah,mak tiri & family belah ayah sikit pun aku tak berminat nak ambil tahu & kalau boleh aku tak nak berurusan ataupun ada kaitan dengan orang macam tu.dah mati nanti pandai2 lah jawab dengan tuhan..cuma aku takut aku tak nak kehilangan atuk & embah.aku risau kesihatan sebab usia pun lanjut.syukur sekali lagi atuk & embah selamat sampai ke tanah air.betapa risaunya aku bila dorang pergi umrah.tanpa dorang aku tak boleh hidup sebab selama hari ini yang bela nasib aku dorang..
sebenarnya betapa aku rindu serindu-rindunya dengan mak.yang tinggal hanyalah kenangan & amanah mak yg aku kena jaga & perlu aku tunaikan.inilah hidup..cemburunya aku tengok orang lain ada mak,ada ayah..dulu aku macam tu..segala-galanya lengkap tapi hari ini aku ada family yg lengkap dalam mimpi2 aku sendiri dan bila aku bangun semuanya hilang....sebab itu sebagai hamba Allah,bersyukurlah dengan apa yang ada.........kehilangan seseorang membuatkan kehidupan aku berubah untuk selamanya..

7.50 PM





                                                                          




No comments:

Post a Comment